Servis Pengurusan Jenazah
Perkhidmatan pengurusan jenazah yang menyeluruh dan berlandaskan Syariah.
Kami memastikan setiap langkah dalam pengurusan jenazah dijalankan dengan penuh tertib, cepat, dan boleh dipercayai.
PERSEDIAAN
Membuat persediaan awal dengan pelan perkhidmatan pengurusan jenazah.
PENYELARAS
Setiap proses akan dikendalikan dengan lebih teratur, cepat dan mengikut Syariah dan keperluan keluarga.
24/7 JAM TALIAN
Talian hotline 24 jam untuk memudahkan anda menghubungi kami bila-bila masa diperlukan.
MEMANDIKAN, MENGKAFANKAN &
SOLAT JENAZAH
Penggapai untuk menyempurnakan jenazah mengikut syariah islam
PENGUBURAN & PEMBACA TALQIN
Perkhidmatan penggali kubur dan pembaca talqin yang berpengalaman.
PAKEJ KIFAYAH
Pakej asas yang menyediakan semua keperluan pengurusan jenazah, termasuk penggapai lelaki atau perempuan, set kelengkapan jenazah, imam solat jenazah, pembaca talqin, dan penggali kubur. Pakej ini juga merangkumi van jenazah dengan pemandu, kayu keranda, dan batu nisan untuk melengkapkan proses pengebumian.
PAKEJ SAHLAH
Pakej ini menawarkan perkhidmatan lengkap seperti dalam Pakej Kifayah, dengan tambahan kemudahan seperti khemah, meja, dan kerusi untuk digunakan di masjid atau rumah. Ia sesuai untuk keluarga yang inginkan suasana lebih selesa semasa pengebumian.
Pakej premium yang menyediakan semua perkhidmatan dari Pakej Sahlah, serta tambahan penyediaan makanan selama tiga hari untuk 60 orang, bersama khemah, meja, dan kerusi untuk tiga hari di masjid atau rumah. Pakej ini ideal untuk keluarga yang memerlukan keselesaan dan kelancaran penuh sepanjang tempoh pengebumian dan selepasnya.
PAKEJ EINAYAH