top of page
body management workshop

Managed Projects

Untitled design(3)_edited.png

Funeral Management Workshop in Mosques

Bengkel Pakaian Di Alam Barzakh: This funeral management workshop is a project run by Ar-Razaq Kifayah Management company. The main objective is to deal with the problems faced in Brunei Darussalam which is generally still less skilled in the knowledge about the funeral management according to Islamic Shari'ah.



This workshop was delivered by several Imams who work in mosques under the Department of Mosque Affairs. The first workshop held was delivered by Imam Awang Haji Burhanuddin bin Haji Damit, Imam of Pehin Mosque Khatib Abdullah Kg Kulapis and Imam Haji Hamdan bin Haji Bakar as the founders of Ar-Razaq Kifayah Management Company. This workshop emphasizes basic knowledge about the funeral management such as the steps that need to be taken when dealing with a dying person, equipment for bathing a funeral, legal conditions for bathing a funeral, recitations and zikirs that are commonly practiced in Brunei Darussalam, ways bathing the funeral, shrouding it, praying for the funeral and burying it.



This workshop is conducted in collaboration with the Department of Mosque Affairs, Ministry of Religious Affairs

bengkel
bengkel
Jabatan Hal Ehwal Masjid
Untitled design(3)_edited.png

Kursus Latihan Kemahiran Penggapai

Kursus Latihan Kemahiran Penggapai

DITAJA OLEH

insurans taib

Kursus Pakaian di Alam Barzakh adalah sebuah kursus latihan kemahiran penggapai yang telah dikendalikan oleh Syarikat Pengurusan Kifayah Ar-Razaq.

​​

Objektif utama kursus tersebut adalah bagi

Melahirkan penggapai yang lengkap dengan pengetahuan, kemahiran, dan pemahaman yang diperlukan dalam pengurusan jenazah yang beretika, profesional, dan bersepadu seperti:

 

  • Memahami hukum dan prosedur pengurusan jenazah.

  • Menguasai teknik penggapai dengan mematuhi standard keselamatan dan kebersihan.

  • Menilai risiko keselamatan semasa pengendalian jenazah dan melaksanakan tindakan keselamatan yang diperlukan.

  • Membangunkan etika profesional termasuk kerahsiaan dan integriti.

  • Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerjasama dalam situasi sukar.

  • Merancang langkah kecemasan dan tindakan dalam situasi darurat pengendalian jenazah.

Kursus ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama

Untitled design(3)_edited.png

Bangkit dan Beri Program

Projek Bangkit dan Beri adalah program syarikat yang bertujuan memudahkan individu, organisasi, dan syarikat untuk bersedekah dengan menyediakan bekalan asasi dan set kelengkapan jenazah kepada golongan yang memerlukan.

 

Projek ini akan diadakan setiap tiga bulan untuk mengurangkan beban individu atau keluarga yang kurang berkemampuan. “Bangkit” merujuk kepada keutamaan solat Subuh berjemaah dan amalan berzikir selepasnya, yang selaras dengan hadis Rasulullah SAW tentang ganjaran solat Subuh berjemaah.

 

Setelah solat dan berzikir, projek ini akan meneruskan dengan pengagihan keperluan dan set kelengkapan jenazah kepada mereka yang memerlukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).

 

Projek ini juga merupakan pendekatan CSR yang menunjukkan komitmen syarikat untuk membantu meningkatkan kehidupan masyarakat dan mengurangkan kesulitan. Sumbangan yang diterima akan digunakan sebagai Tabung kecemasan untuk membantu mereka yang menghadapi situasi sukar, seperti kebakaran rumah atau kematian ahli keluarga.

sedekah khamis
Untitled design(3)_edited.png

Brunei Young Leaders Convention

BYLC
bylc
bylc

RAKAN STRATEGIK

yayasan
kementerian kebudayaan belia dan sukan
unissa
wawasan brunei 2035

Konvensyen Pemimpin Muda Brunei 2024 adalah sebuah perkumpulan belia-belia dan pemimpin-pemimpin belia di Negara Brunei Darussalam berumur 15 - 45 tahun, bersama-sama pihak-pihak yang berkepentingan. Ianya adalah untuk sama-sama memobilisasikan para belia untuk mempunyai perasaan kepunyaan serta memainkan peranan aktif di dalam mencapai Wawasan Brunei 2035, di mana negara berhasrat untuk diiktiraf secara meluas bagi rakyatnya yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berprestasi, dengan kualiti hidup yang tinggi dan ekonomi yang dinamik dan berdaya menjelang 2035. Wawasan Brunei 2035, wawasan kebangsaan Negara Brunei Darussalam, menjadi panduan untuk perjalanan Matlamat Pembangunan Lestari negara. Wawasan ini membimbing strategi dan dasar pembangunan Negara Brunei Darussalam, yang juga telah menggabungkan perspektif pembangunan mampan. Objektif Konvensyen ini adalah :

  • Menyatukan agensi-agensi yang berkepentingan dalam pembangunan belia 

  • Menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini mengenai Wawasan Brunei 2035

  • Memberikan platform kepada para peserta untuk mengungkayahkan program-program yang efektif untuk mencapai Wawasan Brunei 2035 secara bersistematik.

 

Di antara tajuk-tajuk mengenai pembangunan yang turut dimasukkan pada Konvensyen Pemimpin Muda Brunei 2024 ialah:

  1. Maqasid Syariah, iaitu menjaga dan memelihara agama, nyawa, harta, akal dan keturunan.

  2. Alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (Environmental, Sosial and Governance ESG) dan tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility CSR)

  3. Badan-badan bukan kerajaan (Non-government organisations)

bylc
Untitled design(3)_edited.png

Program Forum

Untuk memupuk pemahaman dan kesedaran mengenai kematian dalam islam, menyediakan peserta dengan sesi perbincangan yang santai dan menarik yang menumpukan kepada persediaan yang tenang untuk akhirat

  • Memupuk Pemahaman dan Kesedaran

  • Persediaan untuk Akhirat

  • Perbincangan secara santai

Talk Santai

PARTNERS

it's a great coffee house
salted
talk santai
talk santai 2023
talk santai
patterns

Unit.23, Block C, 2nd Floor

Sunway Center Lot 52052

Kampong Manggis

Connect With Us

  • Instagram
  • Facebook
  • LinkedIn
  • TikTok
© Copyright
bottom of page