PAKAIAN DI ALAM BARZAKH: Bengkel Pengurusan Jenazah ke-20 Anjuran Syarikat Pengurusan Kifayah Ar-Razaq
- Amin Kassim
- 4 Dis 2024
- 1 min membaca

BANDAR SERI BEGAWAN, JUMAAT, 22 NOV- Seramai dua puluh orang peserta telah menyertai bengkel pengurusan jenazah yang diadakan baru-baru ini bertempat di D’Venue.Co, Jalan Batu Bersurat. Bengkel ini dikendalikan oleh Awang Asmady bin Haji Ahmad, bersama beberapa penggapai daripada syarikat Ar-Razaq.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai pelaksanaan fardhu kifayah, khususnya dalam pengurusan jenazah, serta mempersiapkan individu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus jenazah apabila diperlukan. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan mendidik peserta untuk sentiasa mengingati hari kematian.
Bengkel ini bukan sahaja bertujuan untuk memperkasa pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan jenazah, tetapi juga untuk mendidik peserta agar sentiasa mengingati kematian sebagai sebahagian daripada kehidupan.
Program ini diharapkan akan memberi inspirasi kepada peserta untuk terus berkongsi ilmu yang telah dipelajari dan menyumbang kepada masyarakat dengan lebih berkesan, seterusnya menjadikan pengurusan jenazah di negara ini lebih teratur dan berlandaskan syariat Islam.