Skuad Pengurusan Jenazah Ar-Razaq Sertai Pameran BYLC 2024
- Ar Razaq BN
- 4 Dis 2024
- 1 min membaca

BANDAR SERI BEGAWAN, SABTU, 12 OKT- Konvensyen Pemimpin Muda Brunei (Brunei Young Leaders Convention - BYLC) 2024 anjuran Perspective Insan Academy dan Syarikat Pengurusan Kifayah Ar-Razaq, kembali buat edisi kelima bermula 17 September hingga 19 September 2024 yang berlangsung selama tiga hari di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).
BYLC merupakan sebuah wadah yang menyatukan para belia dengan agensi-agensi yang berkepentingan sama ada dari pihak kerajaan, swasta dan masyarakat bagi menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini mengenai Wawasan Brunei 2035, dan sebagai wadah bagi membantu belia untuk bergiat aktif dalam melaksanakan program dan projek yang dapat membantu mencapai Wawasan Brunei 2035.

Skuad Pengurusan Jenazah Ar-Razaq juga berpeluang untuk menyertai pameran ‘Youth Pavilion’ yang berlangsung di Dewan Gimnasium, UNISSA.
Pameran seumpamanya bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada belia-belia brunei mengenai kepentingan ilmu Fardhu Kifayah serta menyumbang kepada perubahan positif dalam komuniti dan masyarakat.