top of page

BERITA TERKINI

Pameran Keusahawanan sempena Mahrajan Hafl Al-Takharruj ke-14 UNISSA




BANDAR SERI BEGAWAN, JUMAAT, 23 OGOS- Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berkenan melawat reruai usahawan alumni UNISSA dalam Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-14, yang berlangsung di Kampus Gadong Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).


Skuad Pengurusan Jenazah Ar-Razaq berpeluang menjadi salah satu produk usahawan dan perkhidmatan dalam pameran tersebut.


Pameran ini adalah salah satu cara bagi menghargai pencapaian dan sumbangan kepada pembangunan negara khususnya dalam meningkatkan aktiviti pertumbuhan ekonomi sekaligus memberikan pendedahan serta sumbangan yang positif kepada komuniti dan masyarakat Brunei yang beragama Islam


 
 
pattern

Unit.23, Blok C, Tingkat 2

Sunway Centre Lot 52052

Kampong Manggis

Media Sosial

  • Instagram
  • Facebook
  • LinkedIn
  • TikTok
Hak Cipta Terpelihara © 2024 | Ar-Razaq Kifayah Management, Brunei Darussalam
bottom of page