top of page

BERITA TERKINI

Skuad Pengurusan Jenazah Ar-Razaq Membuka Tirai Di Tahun 2025

Updated: 11 Feb




BANDAR SERI BEGAWAN, AHAD, 9 FEB - Dengan matlamat untuk memberi pendedahan mengenai pelaksanaan fardhu kifayah, serta mempersiapkan individu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus jenazah apabila diperlukan, Syarikat Pengurusan Kifayah Ar-Razaq dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Masjid Kampong Perpindahan Mata-Mata Gadong.





Seramai 45 peserta telah menyertai bengkel pengurusan jenazah yang diadakan baru-baru ini bertempat di Masjid Kampong Perpindahan Mata-Mata. Bengkel ini disampaikan oleh salah seorang tenaga pengajar di Sekolah Yayasan SHHB Awang Asmady bin Haji Ahmad, manakala peserta perempuan dikendalikan oleh Dayang Hajah Siti Animi binti Haji Salleh dan Dayangku Noraidah binti Pengiran Salleh yang merupakan penggapai-penggapai daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama.





Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai pelaksanaan fardhu kifayah,khususnya dalam pengurusan jenazah, serta mempersiapkan individu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus jenazah apabila diperlukan. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan mendidik peserta untuk sentiasa mengingati hari kematian.





Bengkel ini bertujuan untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan jenazah, sambil mengingatkan peserta tentang hakikat kematian sebagai sebahagian daripada kehidupan. Program ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada peserta untuk meneruskan perkongsian ilmu yang diperoleh dan memberikan sumbangan yang lebih bermakna kepada masyarakat. Dengan itu, pengurusan jenazah di negara ini dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berlandaskan prinsip-prinsip syariat Islam



 
 
pattern

Unit.23, Blok C, Tingkat 2

Sunway Centre Lot 52052

Kampong Manggis

Media Sosial

  • Instagram
  • Facebook
  • LinkedIn
  • TikTok
Hak Cipta Terpelihara © 2024 | Ar-Razaq Kifayah Management, Brunei Darussalam
bottom of page