Skuad Pengurusan Jenazah Ar-Razaq kongsi ilmu Fardhu Kifayah kepada belia Brunei
- Ar Razaq BN
- 19 Dis 2024
- 1 min membaca

BANDAR SERI BEGAWAN, AHAD, 15 DISEMBER - Seramai 50 peserta daripada Program Perkhemahan Belia Hijrah Mahabbah Lillah kali ke-10 anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YAYASAN) dan di kelolakan oleh Kumpulan Al-Qudwah UNISSA telah menyertai Bengkel Pengurusan Jenazah yang dianjurkan oleh Syarikat Pengurusan Kifayah Ar-Razaq yang berlangsung di Surau Al-Syafi’i, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Para peserta bengkel ditunjuk ajar oleh dua fasilitator yang terdiri daripada Skuad Pengurusan Jenazah (SPJ) iaitu Muhammad Faiz Bin Haji Ibrahim dan Muhammad Amirul Arif bin Kamaruddin.

Beberapa peserta yang ditemu bual meluahkan rasa syukur atas inisiatif ini, yang memberi mereka peluang untuk menambah ilmu, terutamanya mengenai empat aspek penting dalam pengurusan jenazah. Mereka juga berharap agar bengkel seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan.