top of page

BERITA TERKINI

Program Bengkel Fardhu Kifayah Pengurusan Jenazah Anjuran Universiti Teknologi Brunei




BANDAR SERI BEGAWAN, SELASA, 26 NOV- Universiti Teknologi Brunei (UTB) melalui ExCo Keugamaan dan Kerohanian serta Kampus L.E.A.D Sekolah Sains Gunaan dan Matematik, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Brunei telah menganjurkan ‘Program Bengkel Fardhu Kifayah Pengurusan Jenazah’ yang dikendalikan dengan kerjasama Syarikat Pengurusan Kifayah Ar-Razaq.


Hadir selaku penyampai bengkel berkenaan adalah dua orang penggapai daripada Syarikat Pengurusan Kifayah Ar-Razaq iaitu Mohammad Ridhwan bin Haji Mohammad Mansor dan Muhammad Khairul Nazmi bin Haji Juni selaku pemudah cara bengkel.


Bengkel diadakan untuk memperluaskan lagi pengetahuan para mahasiswa dan mahasiswi serta kakitangan UTB melalui penerangan secara teori dan praktikal mengenai tatacara pengurusan dan penyempurnaan jenazah.


Di samping itu, ia juga diadakan bagi meningkatkan keyakinan para peserta untuk melaksanakan pengurusan jenazah dengan betul dan berlandaskan Syariat Islam.



 
 
pattern

Unit.23, Blok C, Tingkat 2

Sunway Centre Lot 52052

Kampong Manggis

Media Sosial

  • Instagram
  • Facebook
  • LinkedIn
  • TikTok
Hak Cipta Terpelihara © 2024 | Ar-Razaq Kifayah Management, Brunei Darussalam
bottom of page